Saturday

subuh pertama selepas final

**bagi laluan menjawab azan**

salam

emosi semakin menggila pagi-pagi ini, jadi ambil keputusan untuk tulis kat sini.

1. final paper Psychology baru sahaja selesai diduduki oleh semua pelajar tahun dua Universiti kaherah dan segelintir rakan-rakan yang mengulang. selesai perjuangan masa pendek sebulan kali ini. soalan tadi macam separuh mati jugaklah nak dijawab. Dengan asahan pisau yang tak seberapa, nak kupas kulit 3 biji epal kemudian potong kepada 20 bahagian, macam mana nak pastikan tiada isi yang tercarik, dan bahagian terpotong sama rata? adoi.

2.  selesai perjalanan tahun dua. insyaAllah. harap-harap tak mengulang. na'uzubillah. ini masalahnya, bila habis 2 tahun di Mesir tapi matlamat untuk 2 tahun terawal ini masih belum tercapai. takut yang amat. rasa macam study tak habis, tak bersedia pun nak masuk tahun 3.

nevermind,

just fly with the wind.



No comments:

Post a Comment