Saturday

hoi hoi semua aku ada post baru ni!

bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaykum

peh, dari hari isnin entah berapa bulan lepas, kosong je blog ni. tengok update orang lain yang macam dah takde kerja asyik update blog je, tulislah sikit kot.

dua hari lepas sakit, alhamdulillah kifarah dosa agaknya. alhamdulillah sekali lagi sebab dapat hidup sampai sekarang, maknanya banyak lagi dosa yang tak terhapus lagi. nak cerita pengalaman sakit pun macam bosan, cumanya terharu jugaklah dengan yang wish 'syafakallah', dengan yang bertanya khabar. minta maaf kalau yang tak terlayan, banyak sangat panggilan masuk, mesej Facebook, pos-pos kat wall Facebook, SMS, share video, siap datang rumah lagi nak tengok keadaan. haha. tipu je =p


alhamdulillah masih ada yang caring, yang terharu ni bukan tipu~
tqvm

cuma, bila ada kawan cakap, 'untunglah ramai kawan-kawan sayang', mula-mula rasa bangga adalah juga*macam harom* tetapi bila fikir limitasi kasih manusia berbanding cinta Allah kepada kita, yang setiap hari, jam, saat, detik, sentiasa dekat, betul-betul rapat dengan kita, usha kita setiap pergerakan yang kita buat, tegur kesalahan-kesalahan kita, nampak kita buat Dia marah tetapi masih bagi kita rahmat, nikmat dan sebagainya.

dan, akhirnya aku masih lagi rasa bahagia dengan rasa kasih manusia daripada menghargai cinta, rahmat dan sayang Allah. Astaghfirullah.

yang ni orang kata, gajah depan mata tak nampak, kuman seberang laut nampak.
*aku tak tau siapa buat peribahasa ni, nonsense keh3*

dan hari ini alhamdulillah dah sihat,

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

yang ni bukan typo, cuma sikit rasa syukur dari orang yang selalu tak bersyukur, nikmat Allah kasi melebihi bilangan rambut kita tau tak - trivia sikit.



"Maka yang mana satu antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hrndak dustakan(wahai umat manusia dan jin)?"


dah dah kalau main internet lama-lama ni, lupa ada exam minggu depan
Helmi Izwan, kalau baca doakan aku exam ni

No comments:

Post a Comment